in ,

Lando Zawawi berhabis RM80,000 untuk berkempen PRU15 lalu, kini lebih berhati-hati

lando zawawi
Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi, mengakui berhabis sehingga RM80,000 ketika berkempen pada PRU 15 lalu.

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Aktivis masyarakat, Lando Zawawi mendedahkan dia berhabis sehingga RM80,000 digunakan untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Mengakui serik dengan apa yang berlaku, Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi, 48, berkata dia lebih berhati-hati untuk terlibat dalam politik.

“Saya kurang minat bertanding pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sebab tidak boleh berada di Parlimen.

Sebab itu, saya tidak ikut bertanding, tetapi saya akan pertimbangkan sekali lagi jika bertanding peringkat Parlimen. Namun, saya kena lebih berhati-hati sebab takut terkena lagi.

“Saya tahu ada calon membuat banyak pelaburan sehingga mencecah ratus ribu. Saya tidak banyak duit, jadi RM80,000 sudah cukup banyak,” katanya seperti dipetik BH Online, hari ini.

Bagaimanapun, Lando lega wang geng pertubuhan bukan kerajaan (NG)), Brotherhood yang digunakan dapat dilunaskan semula dengan hasil kerja dilakukan sebagai duta produk, selain terbabit dengan penggambaran iklan dan penjualan kemeja serta pelekat.

“Wang ini boleh saya katakan adalah hasil yang saya kumpul sendiri. Adalah sedikit sumbangan keluarga dan rakan ketika belajar di Australia.

“Saya tidak boleh mengharapkan sumbangan geng Brotherhood kerana kebanyakan mereka B40,” katanya.

Dalam PRU15, Lando bertanding di Parlimen Tanjung Karang atas tiket parti Pejuang, tetapi tewas kepada calon Perikatan Nasional, Datuk Dr Zulkapferi Hanafi.

Dia kini meneruskan kerja amal menerusi Brotherhood Malaysia selepas tewas di kerusi Parlimen Tanjong Karang.

Lando menjelaskan, NGO yang mempunyai ahli di seluruh negara itu akan terus memberikan fokus terhadap kerja kebajikan seperti menurap jalan berlubang, menghulurkan bantuan kecemasan dan kes kemalangan melibatkan orang awam.- nasionalkini.my

imegresin eprak

Pendatang terjun laut elak dicekup pihak berkuasa

gear box 1

Gearbox Sup Tulang Merah Johan Aziz kelainan yang menyelerakan