in

JAKIM ambil tindakan pegawai terlibat aktiviti politik

HAKIMAH
Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya mengambil serius berhubung laporan berkenaan susulan tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Penyertaan seorang pegawai jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang terlibat dalam aktiviti politik terutama pada Pilihan Raya negeri (PRN) lalu mendapat perhatian agensi berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya mengambil serius berhubung laporan berkenaan susulan tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Malah, telah mengarahkan Jawatankuasa Tatatertib Jakim untuk bertindak segera berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati melanggar sebarang peraturan ini.

“(Ini termasuk) tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan integriti dan imej perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Tegas Hakimah pihaknya sentiasa mengingati semua warga kerja agar sentiasa mematuhi semua peraturan yang sedang berkuat kuasa selain mengingat supaya tidak menjejaskan imej dan integriti agensi berkenaan.

Kenyataan yang dikeluarkan agensi berkenaan dipercayai merujuk penglibatan seorang pegawai kanan jabatan itu dalam aktiviti sebuah parti politik termasuk memuat naik hantaran bersifat ekstremis agama. – nasionalkini.my

Arab Saudi saran jemaah umrah pakai pelitup muka

City juara Piala Super UEFA