in

Ibadah haji bukan medan politik

IMG 20240609 203800 800 x 500 pixel
Gambar ihsan Twitter

RIYADH, 9 Jun – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq Al-Rabiah mengingatkan jemaah bahawa haji adalah ibadah keagamaan dan bukan tempat untuk berpolitik, lapor laman berita The New Arab.

“Tempoh haji adalah untuk beribadah, bukan untuk menyebarkan sebarang slogan politik.

“Kerajaan Arab Saudi komited untuk memastikan bahawa ia dapat mewujudkan tahap pengabdian, ketenangan dan kerohanian tertinggi,” katanya.

Kenyataan tersebut diumumkan selepas kira-kira 1.2 juta jemaah haji dari seluruh dunia tiba di Makkah untuk musim haji kali ini.

Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan bahawa ibadah haji akan bermula pada 14 Jun ini, manakala umat Islam yang berada di negara itu akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 16 Jun. – nasionalkini.my

IMG 20240323 125243 800 x 500 pixel

Wajib fasih Bahasa Melayu untuk layak dapat warganegara

IMG 20240609 205213 800 x 500 pixel

Tiada tarikh tutup mohon Budi Madani