in

Amirudin terbuka terima teguran Zaharin

WhatsApp Image 2023 07 09 at 10.21.48 PM
Amirudin pada Majlis Pelancaran Madani Afiat, Gotong-royong Mega Perangi Aedes 1.0 & One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Kebangsaan 2023 di padang awam Batu Caves hari ini


Aliah Ramli

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menghormati pandangan blogger dan aktivis, Datuk Zaharin Mohd Yasin yang memintanya supaya lebih beradab dalam berpolitik.

Nasihat berkenaan dibuat susulan Menteri Besar Selangor itu memanggil bekas ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan panggilan ‘Min’ pada satu ceramah kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Mengulas perkara itu, Amirudin meminta perkara itu dilihat secara menyeluruh dan tidak sekadar memperbesarkan kenyataan dikeluarkan daripada satu pihak sahaja.

“Jangan hanya lihat kenyataan saya saja, kena tengok (kenyataan) daripada awal, kenapa saya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

“Kalau hujah tidak dibalas hujah, mula persoalkan benda peribadi, cakap kasar, tak betul, panggil pun salah.. Masa dia panggil kita yang bukan-bukan tak pernah terfikir pula,” katanya mengulas kenyataan Zaharin.

Zaharin menerusi kenyataan di Facebooknya menganggap panggilan ‘Min’ sebagai biadap dengan orang lebih berusia serta memberikan contoh tidak baik kepada anak muda.

Amirudin ditemui pada Majlis Pelancaran Madani Afiat, Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 & One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Kebangsaan 2023 di padang awam Batu Caves, hari ini.

Mengulas soal adab, Amirudin berkata, sifat saling menghormati perlu bersifat dua hala dan tanpa mengira usia serta bukan tertumpu kepada orang tua sahaja.

“Hormat menghormati satu kaedah biasa, bukan hanya orang muda perlu hormati yang tua tetapi yang tua juga perlu hargai masa depan anak muda,” katanya kepada nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 09 at 8.58.01 PM

Tolong bantu ‘hidupkan’ Rumah Persekutuan Melayu Kluang

ikan tok bali

Kelantan catat pendaratan ikan sebanyak 23,000 tan metrik sehingga Mei tahun ini