in

Kerajaan Terengganu mohon maaf tangguh bayaran i-Perantau

242966344 411467627216493 8261552727616567612 n
Hanafiah Mat

Oleh : Adnan Mohamad

KUALA TERENGGANU, 25 Mei – Kerajaan Negeri memohon maaf kepada kira-kira 6,000 anak perantau Terengganu apabila terpaksa menangguhkan pembayaran bantuan i-Perantau berikutan terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, pembayaran bantuan berkenaan akan dilakukan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Beliau berkata, setiap perantau berpendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan layak menerima i-Perantau sebanyak RM300 setiap keluarga membabitkan perbelanjaan RM1.9 juta

“Namun, pembayaran bantuan tersebut belum dilakukan lagi kepada penerima terbabit kerana kelewatan pemberian Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri akan mengagihkan i-Perantau secepat mungkin setelah mendapat DKKP itu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Dalam masa yang sama, Hanafiah berharap DKKP dapat diselesaikan segera oleh kerajaan pusat kerana ia turut melibatkan pembayaran bantuan mangsa banjir di negeri itu.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan mangsa banjir berjumlah RM5.391 juta kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di daerah Besut dijangka hujung Mei ini.

Katanya, antara faktor kelewatan pembayaran bantuan itu melibatkan 5,391 KIR adalah ia perlu dilakukan semakan teliti untuk pemutihan kerana terdapat tuntutan bantuan banjir yang bertindih.

“Ada isteri berdaftar dengan satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala suaminya pula berdaftar di PPS lain menyebabkan berlaku pertindihan tuntutan bantuan itu, ” katanya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 24 at 17.58.43

Bintai Kinden jalankan siasatan dalaman terhadap pengarah, aktiviti dagangan

ezgif.com webp to jpg 7 1

Wujud kaedah pelepasan bankrap yang lebih fleksibel – Muhyiddin