in

Hanya JPN, KDN urus hal ehwal kewarganegaraan

Gambar ihsan BH Online

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Orang ramai yang berdepan sebarang isu berkaitan status kewarganegaraan dinasihat mendapatkan maklumat dan panduan menerusi saluran rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menyarankan individu yang mahu mendapatkan taraf kewarganegaraan menggunakan perkhidmatan disediakan JPN, selain perlu mematuhi syarat ditetapkan sebelum mengemukakan permohonan.

Dia berkata ia bagi mengelak sebarang percanggahan terutama membabitkan syarat kelayakan bagi tujuan berkenaan.

“Saya harap orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan perkara seumpama ini melalui saluran rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JPN.

“KDN melalui JPN akan melaksanakan semua proses berkaitan kewarganegaraan mengikut peraturan ditetapkan.

“Saya tegaskan, KDN dan JPN kekal melaksanakan semua perkara berkaitan warganegara mengikut peraturan ditetapkan,” kata kepada BH Online.

Dia antara lain berharap tiada pihak cuba mengaitkan KDN, terutama JPN susulan penganjuran majlis taklimat dan penerangan kewarganegaraan oleh pihak tertentu. – nasionalkini.my

PKR umum calon Sungai Bakap Rabu ini

Warga tempatan kahwin pendatang asing perlu ikut pasangan balik ke negara asal