in ,

Jenazah Awang Askandar tiba di Sabah

2210196
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, tiba di MAS Kargo di sini pada jam 2.20 petang hari ini

KOTA KINABALU, 27 Mei – Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, tiba di MAS Kargo di sini pada jam 2.20 petang hari ini.

Sinar Harian melaporkan, ketibaan jenazah disambut oleh ahli keluarga Allahyarham dan pasukan APM serta pemimpin tempatan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Abang kepada Allahyarham, Awang Asim, 57, berkata, pihak keluarga sudah bersedia menunggu ketibaan jenazah.

“Saya mewakili ahli keluarga, manakala isteri Allahyarham menunggu di rumah (Kampung Benoni, Papar),” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Sabtu.

Jenazah diterbangkan menaiki penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur dan sebaik tiba, kerandanya diusung oleh pasukan pengusung APM.

Jenazah kemudian dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Benoni, Papar untuk penghormatan terakhir oleh keluarga terdekat serta pengurusan tertinggi APM. – nasionalkini.my

FB IMG 1685173297484

Agong berkenan kurnia sumbangan peribadi

IMG 20230527 173705

Ronan Keating di Arena of Stars, Resorts World Genting