KUALA TERENGGANU, 22 Julai – Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KMM), Datuk Seri Jailani Johari membuat kemunculan semula selepas dicalonkan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Hulu Terengganu.
Pengumuman berhubung pencalonan itu dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama calon lain yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, 12 Ogos depan.
Memetik laporan Sinar Harian,pemimpin UMNO berusia 57 tahun itu pernah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu sebelum ini digugurkan daripada menjadi calon BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan digantikan oleh Datuk Rosol Wahid.
Pada PRU13 lalu, Jailani mendapat 31,940 undi ketika menewaskan calon Pas, Kamaruzaman Abdullah yang memperoleh majoriti 8,213 undi.
PRN Terengganu menyaksikan BN mengetengahkan 26 calon antaranya Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (Kuala Besut), Datuk Mohammad Pehimi Yusof (Kota Putera), Mohd Rozaini Rasli (Jertih) dan Datuk Nawi Mohamad (Hulu Besut).
Turut tersenarai adalah Rosdi Zakria diumumkan sebagai calon bagi kerusi DUN Jabi, Hamdan Hamzah (Permaisuri), Datuk Sabri Mohd Noor (Langkap), Bazlan Abdul Rahman (Batu Rakit), Muhammad Hanafi Hasan (Tepuh) dan Omar Adam (Buluh Gadingg . – nasionalkini.my