in ,

Empat mantan MB jadi taruhan UMNO pada PRN, bulan depan

mb
UMNO meletakkan empat tokoh hebat yang terdiri bekas Menteri Besar untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan depan.

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Empat bekas Menteri Besar menjadi taruhan UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Memetik laporan BH online, mereka terdiri daripada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman masing-masing diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dan Seberang Takir.

Selain itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan diumumkan sebagai calon BN di DUN Rantau di Negeri Sembilan.

Manakala, bekas Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula diumumkan sebagai calon BN di DUN Pedu.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada Majlis Pengumuman Calon BN PRN Ke-15 di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam ini. – nasionalkini.my

msu

MSU raih anugerah universiti hijau di peringkat global

datukjailanijohari

Bekas Timbalan Menteri dipertaruh di DUN Ajil