in ,

Tun M buat penampilan pertama di pentas PN

tun m klntn
Tun Dr Mahathir Mohamad berucap sempena Program Munajat Rakyat Kelantan Pakat Pertahan dan Amanah Pimpinan di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

KOTA BHARU, 22 Julai – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan pertama di pentas Perikatan Nasional (PN) menaruh harapan tinggi kepada semua pengundi  menunaikan tanggungjawab masing-masing sekali gus memberi kemenangan kepada parti PN.

Pemimpin berusia 98 tahun itu melahirkan keyakinannya yang PN mampu memperoleh kemenangan di enam negeri yang berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

“Saya harap kita dapat sapu bersih PRN tidak lama lagi. Saya yakin kemenangan akan dicapai bukan sahaja di Kelantan, Terengganu dan Kedah, sebaliknya turut membabitkan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Kita lihat kadang-kadang orang Melayu tidak keluar mengundi kerana bosan dengan politik, jika kita tidak keluar ia seperti kita memberi undi kepada mereka yang tidak layak untuk mendapat kemenangan dan mendirikan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Munajat Rakyat Kelantan Pakat Pertahan dan Amanah Pimpinan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Turut hadir termasuk Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalannya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang berkecimpung dalam politik selama 80 tahun, menyifatkan  perhimpunan tersebut sebagai yang terbesar.

“Saya bersyukur dapat bersama dan berada di stadium malam ini yang menunjukkan bahawa kita orang Melayu masih mempunyai kekuatan. – nasionalkini.my

datukjailanijohari

Bekas Timbalan Menteri dipertaruh di DUN Ajil

SalahuddinAyub

Salahuddin Ayub alami pendarahan otak