in ,

Ahmad Zahid dicabar berundur jika PH-BN gagal PRN

pas
Khairil Nizam Khirudin berkata, cabaran itu merupakan tindak balas kenyataan Ahmad Zahid yang mencabar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan PRN enam negeri sebagai 'kayu ukur' sokongan rakyat.

KUALA LUMPUR,23 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,dicabar untuk berundur sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) gagal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin berkata, cabaran itu merupakan  tindak balas kenyataan Ahmad Zahid yang mencabar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin  menggunakan PRN enam negeri sebagai ‘kayu ukur’ sokongan rakyat.

“Andai PH-BN tersungkur, TPM perlu berundur secara terhormat.”

zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar Muhyiddin menggunakan PRN sebagai platform untuk menentukan tahap sokongan rakyat

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah membuktikan BN-UMNO merekodkan keputusan terburuk dalam sejarah politiknya.

Ini kerana BN-UMNO hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen saja dengan UMNO mendapat 26 kerusi, dan ini adalah pencapaian terburuk Presiden UMNO setakat ini,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Khairil Nizam yang juga Ahli Parlimen Jerantut, berkata dengan pelbagai isu yang menyakitkan rakyat melingkari kerajaan PH-BN dan tunduknya UMNO kepada DAP, pastinya ahli UMNO akan mengalih sokongan kepada PN.

Peralihan sokongan ini juga ditambah dengan perbalahan pembahagian kerusi antara UMNO dan DAP di beberapa negeri hingga ramai ahli UMNO kini bertekad menentang UMNO secara terbuka.

“PAS yakin kemelut yang berlaku dalaman PH-BN, selain kelemahan pentadbiran Perdana Menteri ke-10yang terlalu ketara akan dihukum rakyat dalam PRN ini,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Badan Datuk itu mencabar Muhyiddin menggunakan PRN sebagai platform untuk menentukan tahap sokongan rakyat.

Malah, Presiden UMNO itu ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Vaisakhi, di ibu negara turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhyiddin untuk menghadapi PRN tidak lama lagi.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan gabungan parti beliau. Marilah kita sama-sama membuktikan pada keputusan PRN di enam negeri nanti, siapakah yang lebih diterima rakyat,” katanya – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 23 at 16.08.19

Remaja cuba terjun tangki air selepas terdengar bisikan

azalina

Pesakit mental dan individu 70 tahun dikecualikan status bankrap