in

700 keluarga asnaf di Pulau Perhentian, Besut terima daging korban sumbangan Mahsuri Dagang, Ikhlas.com

ikhlas
Jawatankuasa penganjur bergambar kenangan bersama pek daging korban dan produk kicap sebelum di hantar ke Pulau Perhentian

Oleh: Mohammad Ishak

KUALA BESUT,1 Julai – Kira-kira  300 keluarga nelayan di pusat pelancongan Pulau Perhentian dekat sini, gembira dapat berkongsi rezeki sempena sambutan Aidiladha apabila mereka menerima agihan daging korban sumbangan pihak yang prihatin dengan nasib keluarga terbabit.

Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (Mahsuri Dagang), Ikhlas.com dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut berganding bahu melaksanakan ibadah korban di kawasan lapang Temu Primula Hotel, Air Tawar,Besut dengan menumbangkan tiga ekor lembu termasuk lembu sado hari ini.

Tiga ekor lembu korban termasuk seekor lembu sado digelar ‘Mat Sado’ disembelih secara gotong-royong bersama sukarelawan termasuk 25 anggota polis IPD Besut.

rozak IPD besut
Ketua Polis Daerah Besut,  Superintendan Abdul Rozak Muhammad

Ketua Polis Daerah Besut,  Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya bangga kerana mendapat sumbangan tiga ekor lembu hasil sumbangan syarikat korporat terbabit.

Katanya, selain 300 keluarga nelayan di pulau pelancongan terkenal itu kira-kira 400 golongan asnaf yang tinggal di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera dan Kuala Besut, turut menerima  agihan daging berkenaan.

Katanya, kerja menyembelih dan melapah daging tersebut dilakukan secara sukarelawan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut dan anggota  polis di tanah besar sebelum  dihantar ke pulau berkenaan.

WhatsApp Image 2023 07 01 at 7.42.57 PM 1
Anggota polis dari IPD Besut dengan bantuan penduduk setempat bergotong royong melapah daging sebelum di hantar ke Pulau Perhentian dan diagihkan penduduk di Kuala Besut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman kemudian mengagihkan daging sembelihan tersebut kepada komuniti di pulau terbabit.

Sementara itu, Ketua Komersial Mahsuri Dagang, Mohd. Jazri Ikmal Hijaz berkata, program ibadah korban ini adalah kali kedua dilakukan untuk penduduk di Pulau perhentian selepas kali pertama diadakan pada 2021 lalu.

“Sekiranya ada rezeki Mahsuri Dagang akan terus bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk terus membantu warga asnaf di negara ini,” katanya.

WhatsApp Image 2023 07 01 at 7.44.24 PM
Sukarelawan Pemuda UMNO Besut bekerjasama menumbangkan sekor lembu sado untuk dikorbankan.

Selain itu, Mahsuri Dagang selaku pengeluar produk kicap lemak manis dan sos tiram turut mengagihkan barangan keluarannya bersama daging korban kepada penduduk daerah itu.

Sementara itu, Rose yang mewakili Ikhlas.com pula memberitahu sehingga kini sebanyak 64 ekor lembu disembelih termasuk 21 ekor untuk disumbangkan kepada golongan 6,000 penerima dalam kalangan asnaf.

“Untuk pakej luar negara, daging korban akan diagihkan  kepada individu dan keluarga yang memerlukan membabitkan lebih 35 negara termasuk Kemboja,Thailand,Vietnam,Filipina,Bangladesh,India,Indonesia,Kenya, Somalia dan Tanzania,”katanya. – nasionalkini.my

pertahan

Kecoh di KLIA: Semua menteri ada pas khas

mexico

Cuaca melampau di Mexico mengorbankan lebih 100 penduduk