PEREMPUAN adalah makhluk paling ‘pelik’ dan sukar difahami, betul ke? Taklah.. hakikatnya mudah sangat nak memahami golongan ni. Tapi perlu tahu caranya…
Apabila kelihatan muncung itik itu faham-faham dia sebenarnya sedang merajuk, jadi untuk selesaikan itu perlu ada teknik juga.
Perlu diingat juga, cara pujuk perempuan merajuk bukan boleh main suka-suka. Perlu ada seninya. Jom kita tengok!
Sebelum pergi ke cara-cara pujuk perempuan merajuk, meh kita lihat tanda perempuan merajuk terlebih dahulu.
Sifat orang perempuan, mulutnya tak akan berhenti bercakap. Selagi apa yang dalam otaknya tidak dikeluarkan lagi, selagi itulah dia akan bercakap, betul tak?
Bagi golongan ini itu adalah satu ketenangan. Tapi perlu hati-hati kalau seorang perempuan itu diam, tidak bercakap langsung.
Kalau dia bercakap sekalipun, mimik muka dia akan menunjukkan senyuman yang tak ikhlas.
Bukan orang lelaki tak faham dia sedang merajuk.Tahu, sebenarnya cuma kadang kala mereka malas nak pujuk.
Biasalah, bila merajuk, perempuan ini akan marah orang lain di sekeliling dia. Sebenarnya, marah dia untuk tarik perhatian sang lelaki itu.
Jadi jom kita pelajar teknik pujuk perempuan merajuk.
Cuba peluk masa dia tengah marah, tetapi hanya suami boleh buat ini pada isteri. Yang belum kahwin, jangan cuba-cuba.
Memetik Virginia dari Independent.co.uk berkongsi, sang isteri akan rasa terharu dan rasa dihargai apabila pasangannya datang memeluknya.
Nampak tak? Seperti hal kecik je kan tapi sebenarnya ia memberi kesan besar kepada perempuan.
Kadangkala bila pasangan mula bermasam muka, mungkin ada terdetik di hati anda “Dia ni asyik merajuk jee”. Namun, jangan begitu; elakkan perasaan negatif sebegitu.
Jangan disebabkan perkara kecil seperti rajukan isteri, kaum lelaki ini terlupa segala kebaikan yang dilakukan.
Sebaliknya, pujuklah pasangan anda dengan cara memberi pujian tentang apa jua yang anda suka padanya. Ingatlah kembali kenapa anda suka pada pasangan di awal perkenalan dahulu.
Berikan pujian dan percayalah si dia pasti akan tersenyum ceria.
Perempuan ini sebenarnya teruja jika ada insan mengambil berat tentang dirinya, lagi-lagi jika kata-kata itu keluar daripada suamiya sendiri.
Tunjuk empati anda dan cuba selami perasaan pasangan anda, dengan cara bertanyakan apa yang menyebabkan dia berperasaan sebegitu.
Bercakap dan berbincanglah dalam nada lembut agar tidak mewujudkan pergaduhan baru pula.
Bagi sang suami buang dulu perasaan untuk menang. Ingat, mengalah tidak bermaksud kalah.
Tenang dan dengarlah apa yang si dia mahu luahkan dengan setia.
Apa kata sekali-sekala buatlah surprise kepada orang yang tersayang.
Bawalah si dia ke tempat istimewa, lakukan aktiviti yang disukainya atau apa-apa sahaja bentuk kejutan yang boleh menggembirakannya.
Mungkin pada mulanya, si dia akan menolak atau masih bermasam muka dek kerana ego yang menggunung.
Namun, percayalah rajuk pasangan anda akan sedikit demi sedikit berkurangan apabila anda menunjukkan kesungguhan untuk menambat hatinya.
Kalau sudah berkahwin, janganlah asyik makan di rumah sahaja, cuba bawalah dia makan di luar sekali-sekala.
Perempuan juga mahukan kelainan, tidaklah terlalu stereotaip. Jika dia selalu masak di rumah, hargai dia dengan beri keseronokan untuk makan di luar.
Sebenarnya, tidak susah untuk pujuk hati perempuan yang merajuk. Tidak perlu yang mahal-mahal.
Selepas itu, seperti yang dinyatakan di atas, ajak dia makan, pasti selesai masalah.
Jemput cuba cara pujuk perempuan yang kami kongsikan ini. meskipun , rajuk perempuan tidak sama antara satu sama lain.
Apa yang lebih penting, buatlah apa sahaja yang boleh buat si perempuan kembali ceria. Jangan biarkan dia terus tawar hati dan menangis kerana lelaki.
Dua-dua ceria, hidup pun lebih tenang dan bahagia.
Selamat hari minggu!. – nasionalkini.my