in

Wanita rugi lebih setengah juta terpedaya pelaburan saham dalam talian

scammer online resize
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, mangsa berusia 54 tahun telah melihat iklan berkaitan pelaburan saham di akaun Facebook pada 22 Mei lalu.

SEBERANG PERAI, 20 Julai –  Gara-gara  terpedaya dengan skim pelaburan saham dalam talian yang menjanjikan keuntungan hampir setengah juta, seorang wanita menanggung kerugian sebanyak RM512,244 selepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, siasatan mendapati mangsa seorang peniaga kedai makan berusia 54 tahun telah melihat iklan berkaitan pelaburan saham di akaun Facebook pada 22 Mei lalu.

Mangsa kemudiannya telah berhubung dengan ejen pelaburan terbabit menerusi aplikasi WhatsApp dan diberi penerangan berkaitan pelaburan saham yang ditawarkan.

“Mangsa jugabersetuju dan membuat pendaftaran melalui laman web yang diberikan,” katanya.

Mohd Asri manambah, mangsa kemudian membuat  20 transaksi pindahan wang ke lapan akaun bank syarikat daripada 20 Jun sehingga 5 Julai lalu.

“Dakwa mangsa, pelaburan yang disertainya itu telah menjanjikan keuntungan lebih kurang RM400,000 melalui transaksi yang dipaparkan dalam akaun pelaburan milik mangsa. 

“namun wang keuntungan berserta modal yang telah dilaburkan tidak dapat dikeluarkan.

“Pengadu kemudiannya membuat laporan polis semalam selepas ejen pelaburan telah menghilangkan diri manakala platform pelaburan terbabit juga gagal diakses,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – nasionalkini.my

air akuarium

Penjualan air akuarium berisiko terdedah bahan toksin, punca penyakit kronik

kambing 3

75 ekor kambing, biri-biri diserang harimau kumbang cetus kebimbangan penternak