in ,

KL dilanda ribut dan hujan lebat, 15  kejadian pokok tumbang

pokok

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Kira-kira 15 kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara susulan hujan lebat dan ribut melanda sejak pukul 7 malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya  menerima beberapa panggilan kecemasan sejak  pukul 7.30 malam hingga 8 malam selepas hujan lebat..

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, sebanyak 19 buah kenderaan termasuk lima motosikal mengalami kerosakan teruk apabila dihempap pokok di 10 lokasi.

“Antara yang terkesan di Jalan Kampung Attap berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah; Bukit Persekutuan, tiga di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang.

“ Turut berlaku kejadian pokok tumbang di Flat Danau Kota, Wangsa Maju sehingga mengakibatkan dua kereta dihempap.

“Kita juga menerima laporan di Taman Bukit Angkasa, Kepong, Setapak, Bukit Kiara, Bukit Bintang dan Bandar Tasik Selatan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Difahamkan, ada juga laporan yang terima membabitkan pokok tumbang menghalang laluan selain menghempap rumah. Kerja-kerja mengalihkan pokok sedang dijalankan

Bagaimanapun tiada  kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan.

Katanya, kerja-kerja  membersihkan pokok-pokok masih dijalankan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sejumlah kawasan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 19 at 10.37.18 PM 1

UCL: Perjalanan ‘lato-lato’ Inter Milan ke Istanbul

2201483

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest