in

Tak guna ada duit kalau tak ada ‘otak’ – TMJ

Tunku Ismail (kanan) bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin - Gambar dari Twitter rasmi Tengku Mahkota Johor

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Semua pemilik kelab bola sepak perlu mempunyai ‘otak’ yang bijak dalam membuat perancangan terbaik untuk memastikan pasukan mereka mencapai kejayaan.

Perkara itu disuarakan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sambil menyifatkan faktor duit bukan segala-galanya yang boleh menjamin kejayaan pasukan, lapor BH.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Tunku Ismail memberikan contoh Presiden Inter Milan, Steven Zhang yang memiliki banyak wang dan bijak menguruskan kelab hingga mampu mencatatkan beberapa kejayaan selepas mengambil alih pasukan itu.

“Kalau ada duit tak ada otak tak guna juga. Ini contoh bukti ada duit dan ada kepala otak,” tulis Tunku Ismail di Instagram Story miliknya.

Mengikut rekod, Zhang yang mewakili Suning Holdings adalah pemilik majoriti saham Inter Milan dengan bertindak melangsaikan semua hutang sebaik dilantik sebagai presiden kelab itu.

Zhang melantik legenda kelab dari Argentina, Javier Zanetti sebagai naib presiden Inter dengan dia memainkan peranan dalam pengurusan kelab bersama beberapa individu lain yang berpengalaman.

Keputusan itu menyaksikan kelab berkenaan mengakhiri kemarau kejuaraan Serie A pada musim 202-2021 selain turut menjulang Coppa Italia pada 2022 dan 2023. – nasionalkini.my

Shila Amzah, Ubai bertunang

Akaun BERSATU tak patut kena beku