in

Memahami belenggu dialami peminat Calcio

WhatsApp Image 2023 06 15 at 9.26.15 PM
Inter Milan pada aksi akhir telah menolak tanggapan ramai dan menunjukkan kesungguhan luar biasa untuk bersaing dengan pasukan terbaik di dunia.

Oleh Iskandar Zulkarnin

LIMA kosong kata Gareth Bale, demikian ramalan bekas bintang Real Madrid itu sebelum sepak mula perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), minggu lalu.

Adakah Bale berjenaka? Mungkin ya, mungkin juga ada rasa dendam, Euro 2022 lalu menyaksikan bagaimana beliau ‘dirantai’ rapi pertahanan Itali dan juga Inter Milan, Alessandro Bastoni.

Reaksi kepada kenyataan Bale bercampur-campur, jika diperhatikan di ruangan komen media sosial, majoriti netizen menyokong.

WhatsApp Image 2023 06 15 at 9.24.55 PM
Manchester City mengalahkan Inter Milan dengan jaringan 1 – 0 pada saingan UCL, minggu lalu.

Ia mungkin datang daripada persepsi yang sudah lama membelenggu minda peminat dunia bila bercakap perihal Calcio atau bola sepak Itali.

Serie A dibayangkan sebagai liga lapuk, kusam, tak menarik dan menjadi destinasi pemain sudah masuk tarikh luput.

Lihat saja stadium-stadium mereka di seluruh negara di mana majoritinya masih menjadi milik majlis perbandaran.

Peminat Calcio pula dilihat masih lagi asyik bernostalgia dengan kejayaan lalu.

Malah, tidak dinafikan ada yang tidak yakin terhadap kemampuan Inter Milan dan berharap mereka tak dibelasah teruk oleh Manchester City.

Manakan tidak, di atas kertas Manchester City sempurna, lebih satu bilion euro dihabiskan dalam masa tujuh tahun untuk mencapai frasa ‘sempurna’ itu.

Berbeza pula dengan Nerazzurri yang terpaksa mencatu perbelanjaan dan perlu bersikap selektif dalam membawa masuk pemain.

Apa-apa pun, hakikatnya kini tiga kelab dari Itali yang bersaing di tiga perlawanan akhir di Eropah minggu lalu kekal cemerlang meskipun tewas.

Berdiri di bumi yang nyata, AS Roma yang dibimbing Jose Mourinho percaya serta yakin kejayaan mereka diragut.

Fiorentina pula bertandang ke Dressrosa dan berperang membawa semangat 1989, di mana kali terakhir kelab dari Florence itu bersaing di peringkat Eropah iaitu UEFA Cup.

Manakala, Inter Milan pada aksi akhir telah menolak tanggapan ramai dan menunjukkan kesungguhan luar biasa untuk bersaing dengan pasukan terbaik di dunia.

Ramai masih percaya bahawa bola sepak walaupun sudah memasuki zaman pengaruh Pep Guardiola namun masih berpaksikan kepada usaha dan kerja kuat.

Ini kerana bukan semua orang dilahirkan dengan berbakat, apakah kerana ini impian mereka untuk mengecap sesuatu dinafikan?

Justeru, adalah menjadi satu kepercayaan untuk setiap pasukan dihormati tanpa mengira latar belakang mereka, dalam hal ini Inter Milan dan Serie A.

Minggu-minggu yang malang sudah berlalu, apakah ianya bakal berterusan kerana masih ada tiga kejohanan besar melibatkan Itali selepas ini.

Atau mungkin nanti ada sedikit manis-manis untuk peminat mengukirkan senyuman. – nasionalkini.my

bagan jambatan

Jambatan Bagan Datuk kebanggaan baharu rakyat Perak, jimat masa sehingga 45 minit

WhatsApp Image 2023 06 15 at 11.07.18 PM 1

Mizz Nina diulit bahagia, umum temui pengganti