in ,

UMNO kini hilang sokongan Melayu, hanya bergantung ihsan untuk kekal hidup

kj

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin  mendakwa UMNO kini sudah menjadi pengemis politik dan diibaratkan hidup segan mati tidak mahu.

Tegas beliau masa depan parti keramat itu semakin malap berikutan kehilangan sokongan Melayu yang merupakan tunjang kekuatan parti itu selain hanya bergantung kepada ihsan untuk terus  kekal hidup.

“Dengan kepemimpinan sedia ada, parti Melayu itu akan hidup tetapi tidak segar dan bermaruah lagi.

bendera
Khairy menjangkakan 50 peratus pengundi UMNO akan sokong PN berikutan tidak sanggup memberi undi kepada BN dan PH

“Dia juga tidak mati  tapi menjadi parti yang sangat-sangat lemah dan mungkin kekal menjadi pilihan ketiga orang Melayu,” katanya  dalam temu bual bersama saluran berita Singapura, Mediacorp.

Khairy pada masa sama melihat UMNO kini sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH) dan usaha kedua-dua parti tersebut akan menjejaskan sokongan kepada orang Melayu.

Malah, situasi itu kata akan memberi keuntungan kepada Perikatan Nasional (PN) berikutan ramai penyokong dan mengundi UMNO akan beralih.

“Saya rasa 50 peratus pengundi UMNO akan sokong PN mereka tak sanggup bagi kepada UMNO dan PH,” katanya.

Malah beliau yang juga bekas Menteri Kesihatan turut menjangkakan  gabungan parti UMNO dan PH  itu juga akan berdepan kesukaran di negeri-negeri yang ditadbir PAS dan PN. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 11 at 5.45.44 PM

Kadar pengangguran pada Mac kekal 3.5 peratus, jumlah penganggur berkurangan – DOSM

KI5 1007 ★re

Mampukah UMNO galas tugas satukan Melayu, Islam? – Ismail Sabri