KUALA LUMPUR, 14 Mei – UMNO Kedah membuat pendirian untuk menggunakan logo masing-masing bagi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, perkara berkenaan dibuat susulan tiada kesepakatan yang belum dicapai di peringkat pimpinan tinggi.
“Soal logo, Pusat belum beri makluman lagi, setakat ini PH guna lambang PH dan BN guna lambang BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mewakili BN memaklumkan, gabungan itu akan menggunakan lambang dacing bagi PRN di enam negeri nanti.

Malah Ahmad Zahid berkata parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan pula akan menggunakan lambang pilihan masing-masing bagi calon mereka.
Bagaimanapun pada 10 Mei lalu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan rakan sekutunya sedang mempertimbang menggunakan lambang BN di negeri tertentu bagi mendapat kelebihan pada PRN nanti. – nasionalkini.my