in

UMNO akan ditolak pengundi pada PRN dan PRU depan – Annuar Musa

tok wa

KUALA LUMPUR, 14 Mei –  Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mendakwa penyokong akan meninggalkan UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU)  akan datang.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, dewan keramat UMNO yang sering menjadi medan membakar semangat pejuang Melayu hari ini hilang keramatnya.

“Kehadiran puak sosialis, liberal, DAP ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) hari ini  akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli UMNO akan terus meninggalkan parti.

konv
Anwar Musa mendakwa dewan keramat UMNO yang sering menjadi medan membakar semangat pejuang Melayu hari ini hilang keramatnya Foto: Bernama

“UMNO bakal ditolak rakyat dalam PRN dan PRU akan datang, Insya-ALLAH, katanya menerusi catatan di Facebook, miliknya malam ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penganjuran Konvensyen Nasional kerajaan Perpaduan yang diadakan julung kalinya dengan membuka tirainya menerusi Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan yang diadakan secara serentak, hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, hari ini pemimpin UMNO  mempamerkan sikap sebenar yang hanya menunggang perjuangan Melayu demi untuk mencapai  kepentingan peribadi dan kuasa.

Malah, demi kuasa golongan itu sanggup menggadaikan maruah dan perjuangan. – nasionalkini.my

20230515 073906

Gencatan senjata masih dicabuli