in

Mampukah UMNO galas tugas satukan Melayu, Islam? – Ismail Sabri

KI5 1007 ★re
Ismail Sabri Yaakob

Oleh Iskandar Zulkarnain

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan apakah UMNO akan mampu mempertahankan orang Melayu dan agama Islam selepas ini.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, sebelum ini UMNO berjaya menyatukan orang Melayu menjadi kuat sehingga mampu membawa kemerdekaan dan membentuk Malaysia yang membangun tanpa meminggirkan kaum-kaum lain.

Namun kini bagaimana soalnya, kerana agenda untuk melemahkan bangsa Melayu dengan konsep pecah dan perintah tidak pernah pudar.

“Sebelum penubuhan UMNO, bangsa Melayu lemah kerana berpecah dan tidak bersatu. Mereka senang dipecah perintah oleh penjajah Inggeris.

“77 tahun lalu UMNO ditubuhkan bagi menyatupadukan umat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dengan menggabungkan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bergerak secara bersendirian di setiap negeri.

“Kini setelah 77 tahun UMNO ditubuhkan, apakah UMNO yang menjadi pengasas dan tunggak menyatukan umat Melayu dan Islam masih mampu digalas oleh UMNO?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri yang juga bekas Naib Presiden UMNO mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-77 kepada parti keramat orang Melayu itu.

“Hari ini merupakan hari yang cukup bermakna buat segenap generasi UMNO iaitu Hari Ulang Tahun UMNO ke 77.

“Selamat menyambut hari ulang tahun UMNO yang ke 77,” katanya lagi. – nasionalkini.my

kj

UMNO kini hilang sokongan Melayu, hanya bergantung ihsan untuk kekal hidup

WhatsApp Image 2023 05 11 at 8.19.26 PM

Lantikan semula lenyapkan persepsi buruk terhadap Azam Baki – PAS