in ,

PH di negeri pantai timur guna simbol dacing?

SalahuddinAyub

KUALA TERENGGANU, 12 Mei –  Pakatan Harapan (PH) memberi bayangan untuk menggunakan simbol dacing di dua negeri pantai timur pada Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi.

Ada permintaan dan cadangan daripada kepemimpinan Barisan Nasional (BN) dan PH supaya semua calon yang akan bertanding pada PRN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan dan Terengganu supaya  menggunakan simbol dacing, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

bendera ph bn
Pakatan Harapan (PH) menjangkakan akan menggunakan simbol dacing di dua negeri pantai timur pada Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi

Katanya, perkara berkenaan telah dibincangkan  pimpinan parti dalam beberapa siri mesyuarat di peringkat Pusat.

“Namun keputusan mengenainya belum dimuktamadkan dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

“Sebelum ini, pimpinan semua parti dalam gabungan PH termasuk BN bebas mengeluarkan pandangan dan cadangan, terutama berkaitan penggunaan simbol parti,”  katanya seperti dipetik Berita Harian, hari ini.

Zahid Hamidi
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan perhalusi berhubung cadangan menggunakan simbol dacing pada PRN

Malah, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini berkata pihaknya belum memuktamadkan keputusan membenarkan parti sekutu menggunakan simbol dacing pada PRN akan datang.

Perkara itu bagaimanapun tegas beliau akan diperhalusi terlebih dulu meskipun pihaknya ada menerima hasrat tersebut. – nasionalkini.my

khalil

Pemimpin kanan Hamas gesa negara Arab ambil tindakan terhadap rejim zionis

wan

Anwar lebih teruja kehadiran Coldplay berbanding dengar rintihan rakyat