in ,

PRN: UMNO Terengganu tiada masalah kerjasama dengan PH

ahmad said

DUNGUN, 8 Mei – UMNO Terengganu tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi merampas semula pentadbiran negeri ini daripada PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerjasama kedua-dua belah parti telah terjalin di peringkat Pusat dan akan diteruskan demi kestabilan negara dan negeri berkenaan.

Politik itu dinamik, bukan politik mati… Sebab itu orang kata tidak ada musuh berkekalan, kawan berkekalan dalam politik,” katanya.

kerjasmaPH PN
Agihan kerusi antara UMNO dan PH Terengganu telah dilakukan namun belum mencapai kata sepakat lagi

Beliau berkata demikian pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ketengah 2023 di Bandar Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal berkata, perbincangan berkaitan agihan kerusi antara UMNO dan PH Terengganu telah dilakukan.

Katanya perbincangan telah dilakukan namun kata sepakat daripada kedua-dua pihak dicapai lagi.

“Kita dah bincang tetapi keputusan belum ada. Macam kita pinang anak oranglah, ada tawar menawar… kalau RM30,000 minta kurang RM20,000,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PAS mencipta rekod apabila memenangi kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu.

Kemenangan itu termasuk di kerusi Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang apabila memperoleh 73,115 undi dengan majoriti 41,729 undi. – nasionalkini.my

IMG 20230508 WA0114

Ingat dapat sihat, tapi dah setahun nyawa terancam – Penduduk

Untitled design 11

Sokong Proklamasi Orang Melayu tiada kaitan PRN – Bersatu