KUALA LUMPUR, 14 Mei – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai penasihat UMNO sekali gus diyakini mampu mengukuhkan semula parti keramat orang Melayu.
Menurut sumber yang dipetik The Star, pelantikan pemimpin berusia 86 tahun dibuat semasa mesyuarat kepimpinan tinggi parti hari ini.
Difahamkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Selain itu, Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani menghadiri taklimat khas bersama Presiden pada petang Ahad di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Tengku Razaleigh yang dikenali Ku Li sebelum ini berkhidmat selama 48 tahun sebagai wakil rakyat di Parlimen Ulu Kelantan pada tahun 1974 sebelum ditukar menjadi Parlimen Gua Musang.
Bagaimanapun selepas empat dekad beliau akhirnya kecundang Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Kerabat diraja Kelantan itu yang bertanding di bawah BN memperoleh 21,663 undi.
Calon Perikatan Nasional, Mohd Azizi Abu Naim memenangi kerusi itu dengan 21,826 undi, perbezaan tipis 163.
Selepas kekalahan tersebut, beliau membuat keputusan untuk berundur dalam dunia politik . – nasionalkini.my