in

Takkan sampai dalam PRN pun nak kerjasama, sedangkan kita boleh menang sendiri

349078329 630666948667168 7013368610691208918 n
Mohd Affifi Aris

KUALA LUMPUR 4 Jun – Kerjasama antara UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) ketika membentuk Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu tidak semestinya berterusan sehingga kedua-dua parti itu perlu ‘bergabung’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Justeru Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Mohd Affifi Aris mahu pendirian mengenai perkara itu diperjelaskan oleh pucuk pimpinan kerana tidak semua ahli parti bersetuju dengan jajaran politik baharu sehingga perlu bekerjasama dalam pilihan raya.

Bahkan kata beliau, UMNO masih mempunyai kekuatan tersendiri dan telah membuktikan kemenangan dalam PRN di Melaka dan Johor.

“Kepimpinan harus diingatkan, ketika Kerajaan Pimpinan Tan Sri Mahiaddin dan Dato Sri Ismail Sabri, kita menghadapi PRN Melaka dan Johor tetapi UMNO-BN memilih “Go Solo” dan kemenangan tetap memihak kepada UMNO-BN.

“Tidak timbul situasi UMNO-BN bertanding bersama parti yang membentuk kerajaan persekutuan pada ketika itu,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, semalam.

Mohd Affifi berkata demikian sebagai menyokong kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh yang menegaskan pergerakan parti itu tidak menjemput mana-mana parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan ke Perhimpunan Pemuda sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023, minggu depan.

Dr Muhamad Akmal berkata, keputusan sebulat suara itu dicapai menerusi undian yang telah dibuat melibatkan barisan Exco dan Ketua Pemuda UMNO negeri.

Akmal
Dr. Muhamad Akmal Saleh

Tambah beliau, persidangan sayap itu nanti merupakan ruang untuk Pemuda UMNO memperbaiki hubungan antara mereka.

Tegasnya, tiada keperluan untuk UMNO membawa masuk ‘orang luar’ ke perhimpunan itu sedangkan masalah ‘keluarga’ masih belum diperbetulkan.

“Ini (PUA) ruang untuk kita perjelas, meluah dan perbetulkan apa yang menjadi tanda tanya di kalangan adik beradik kita. Selesaikan hal adik beradik kita dahulu sebelum menjemput orang luar datang dan masuk ke rumah kita.

“Ini rumah kita. Kita nak jaga rumah kita. Nak betulkan dulu apa yang berlaku dalam rumah kita, sebelum nak jemput orang luar masuk dan duduk bersama kita,” katanya dalam satu rakaman video baru-baru ini.

20230527 152930 scaled

Rugi lebih RM100,000 kena scam tawaran kerja tak wujud

IMG 20230604 WA0008

RM20 juta untuk tambah baik fasiliti pelancongan