in

Pemuda PN ada hak berhimpun

Gambar hiasan

SHAH ALAM, 15 September – Pemuda Perikatan Nasional (PN) mempunyai hak untuk dibenarkan berhimpun, kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Menurutnya, hak berhimpun secara aman adalah hak yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia.

“Maka perhimpunan yang ingin dianjurkan pemuda PN pada esok hari, selagi mana ia dilakukan secara aman sepatutnya dibenarkan sama seperti himpunan sebelum ini.

“Jika mereka merasakan perhimpunan itu adalah baik dan mendatangkan faedah untuk rakyat, maka itu adalah hak mereka.

“Rakyat mampu menilai mana yang mendatangkan faedah kepada rakyat ataupun hanya untuk kepentingan politik individu semata-mata,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, lapor Sinar Harian.

Himpunan Selamatkan Malaysia anjuran Pemuda PN dijadualkan berlangsung esok susulan keputusan lepas tanpa bebas (DNNA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, Muhamad Akmal mengalu-alukan penglibatan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam untuk berhimpun di masjid seluruh negara bersempena Hari Malaysia.

Tambah beliau, majlis bacaan Yasin dan solat hajat akan diadakan pada jam 9 malam dengan harapan negara sentiasa diberikan rahmat ALLAH SWT.

“Jemput hadir ke himpunan bacaan Yasin dan solat hajat pemuda UMNO Malaysia di masjid seluruh negara juga esok (Sabtu) ya,” ujarnya.- nasionalkini.my

379053440 703583121803694 4838694249431851457 n

2,284 kes demam denggi, dua kematian

Kastam Sabah rampas rokok seludup lebih RM5 juta