in

Sungai Bakap jadi referendum rakyat

IMG 20240621 182600 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

LIPIS, 7 Julai – Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap semalam adalah tanda penolakan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

Dengan jumlah majoriti diperoleh calon PN, Abidin Ismail, penerimaan baik rakyat kepada PN adalah semakin menakjubkan.

Dr Abdul Rasid Md Ali

Pengerusi PN Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Md Ali berpandangan, keputusan itu juga perlu dijadikan pengajaran berguna kepada pimpinan parti dalam gabungan Kerajaan Madani.

“Sebelum ini mereka (Kerajaan Perpaduan) kata PN hanya disokong oleh orang Melayu… tapi kalau dilihat kepada pecahan undi daripada kaum lain, adalah jelas pengundi Cina dan India juga menolak calon PH.

“Jadi, saya percaya ‘trend’ ini akan kekal dan momentum sama akan dibawa dalam PRK Nenggiri bulan depan,” katanya.

Semalam, calon PN, Abidin menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin dengan majoriti lebih 4,000 undi.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rasid memaklumkan, rakyat secara umumnya sudah bosan dengan janji kosong dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kekecewaan rakyat itu tidak boleh ditebus dengan rangkaian janji baru dibuat kerajaan.

Gambar ihsan TV PAS

“Banyak janji lama, termasuk dalam manifesto yang tidak tertunai dan sekarang Kerajaan Perpaduan masih membuka buku mengandungi janji baru.

“Isu kenaikan diesel, kos sara hidup masih belum ditangani dengan berkesan.

“Saya nasihatkan kerajaan Madani musabahah diri masing-masing dan mengakui kelemahan mereka,” katanya. – nasionalkini.my

IMG 20240707 104223 800 x 500 pixel

Petugas HTJ Seremban santuni penghuni Sang Riang

IMG 20240708 160941 800 x 500 pixel

Program bicara Madani bentuk minda positif