in

Satu lawan satu di Sungai Bakap

Gambar ihsan BH Online

NIBONG TEBAL, 22 Jun – Pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada 6 Julai ini.

Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim, mengumumkan pihaknya menerima pencalonan calon PH, Dr Joohari Ariffin, 60, pada jam 9.03 pagi, sebelum disusuli calon PN, Abidin Ismail, 56.

Dia berkata, semakan mendapati kedua-dua calon itu layak bertanding dan tiada bantahan diterima daripada mana-mana pihak.

Terdahulu proses penyerahan borang pencalonan berakhir jam 10 pagi di Dewan Serbaguna Jawi di sini.

Sepanjang tempoh pusat pencalonan dibuka, hanya wakil PH dan PN

PH mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Joohari Ariffin manakala PN menamakan Abidin yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail.

Terdahulu, Joohari tiba di pusat penamaan calon diiringi ratusan penyokong dan pimpinan PPH terdiri daripada Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Pengarah Strategik AMANAH Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Manakala Abidin pula diiringi Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Dr Radzi Jidin dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, lapor BH Online.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis. – nasionalkini.my

Jangan terjebak dalam perangkap IMF

20240406 075637

Buat penilaian risiko sebelum jual saham MAHB