KUANTAN, 8 Julai – Program bicara ilmu minda Madani anjuran bersama PKR cabang Kuantan dan Indera Mahkota berjaya diadakan semalam.
Program itu dikendalikan oleh Prof Datuk Hassan Basri.
Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Zuraidi Ismail berkata, program berkenaan dapat membuka minda, terutamanya lepas sekolah menengah yang bakal melanjutkan pengajian ke IPT.

“Program yang menyediakan perkongsian menarik dan membuka minda anak-anak yang mendapat tawaran ke universiti.
“Ibu bapa yang hadir juga mendapat manfaat dan kita perlu berhijrah daripada amal yang sedikit kepada menambah amal baik yang berkualiti,” katanya.
Zuraidi berharap semangat Maal Hijrah 1446 kali ini membawa perubahan pada diri, keluarga, masyarakat dan negara. – nasionalkini.my