in

PN kekal kuasai Sungai Bakap

IMG 20240707 004021 800 x 500 pixel
Gambar ihsan NSTP

NIBONG TEBAL, 7 Julai – Perikatan Nasional (PN) mengekalkan penguasaan di Sungai Bakap apabila calon mereka Abidin Ismail menang kerusi berkenaan dalam pilihan raya kecil (PRK) semalam.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim mengumumkan kemenangan Abidin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Serbaguna Jawi, malam tadi.

Abidin, 56, memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin yang meraih 10,222 undi.

Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal yang mesra dengan panggilan Abang Bidin menang dengan majoriti 4,267 undi, membolehkan beliau meneruskan legasi bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) kawasan terbabit, Allahyarham Nor Zamri Latiff. – nasionalkini.my

IMG 20240707 002544 800 x 500 pixel

Wakil rakyat Maran rai pelajar cemerlang SPM

IMG 20240707 005519 800 x 500 pixel

Ubah cara kerja lama untuk pacu kemajuan negara