in ,

Tanah Perkuburan Cik Siti Wan Kembang miliki 20 pintu

WhatsApp Image 2023 07 08 at 3.34.43 PM
Mohd Noor Mohd Junoh melakukan tugas pembersihan di kawasan perkuburan Cik Siti Wan Kembang.

Oleh Aimy Maisarah

KOTA BHARU, 8 Julai – Tanah Perkuburan Cik Siti Wan Kembang yang terletak di Kampung Banggol, di sini merupakan tanah perkuburan Islam terbesar di Kelantan.

Tanah perkuburan seluas 7.6 hektar termasuk dua hektar hak milik persendirian itu menjadi tempat bersemadinya ribuan jenazah orang Islam di kampung tersebut dan juga dari sekitar daerah Kota Bharu.

Tiada sesiapa pun yang mengetahui tarikh sebenar kewujudan tanah perkuburan berkenaan, namun sejarah mengatakan ia telah wujud ratusan tahun dahulu berdasarkan jenazah Cik Siti Wan Kembang yang turut disemadikan di situ.

Menariknya, tanah perkuburan sepanjang perjalanan dua kilometer tersebut mempunyai 20 pintu bagi memudahkan urusan pengebumian dan pembersihan.

Menurut Imam Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol, Muhammad A’mmar Azlan, sehingga kini tidak dapat dipastikan pewakaf atau pemilik asal tanah perkuburan itu.

WhatsApp Image 2023 07 08 at 3.34.16 PM
Keadaan persekitaran tanah perkuburan Cik Siti Wan Kembang yang sentiasa terjaga memberi keselesaan pelawat.

“Orang tua-tua dahulu memberitahu, tanah perkuburan tersebut telah wujud ratusan tahun lalu, ini kerana jenazah Cik Siti Wan Kembang turut  disemadikan di situ,” katanya.

Beliau berkata, kawasan tanah perkuburan itu berada di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan diselia pihak Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol dengan bantuan tujuh pekerja.

Muhammad A’mmar berkata, kawasan kubur berkenaan sebelum ini dipenuhi hutan, namun inisiatif pembersihan oleh MAIK dan pihak masjid sejak dua tahun kini telah merubah wajah kawasan itu.

“Tiada jentera besar digunakan ketika pembersihan, sebaliknya hanya tenaga untuk membuang semak-samun dan pokok bagi mengelakkan kerosakan di kawasan kubur,” katanya.

Menurutnya, selain Cik Siti Wan Kembang, terdapat tokoh ulama terkenal dikebumikan di situ termasuk bekas Mufti Kelantan, Allahyarham Datuk Mohd Noor Ibrahim dan Allahyarham Abdul Samad Muhammad Saleh atau lebih dikenali sebagai Tuan Tabal. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 08 at 3.25.42 PM

Dulu ibu bantu gadai barang kemas, kini Hillmen Hairstudio buka tiga cawangan

tun m

PRN: Tun M gesa tidak pilih pihak yang tidak boleh mentadbir negara