in

Jenin perlukan AS$15.5 juta untuk dibina semula

jenin 1
Sebanyak AS$15.5 juta (RM72.3) diperlukan bagi membina semula bangunan dan jalan-jalan raya di bandar Jenin.

TEBING BARAT, 8 Julai – Sebanyak AS$15.5 juta (RM72.3) diperlukan bagi membina semula bangunan dan jalan-jalan raya di bandar Jenin dan kem pelarian selepas menjadi mangsa Zionis dalam pencerobohan, baru-baru ini.

Menteri Kerja Raya Palestin, Mohamed Ziara berkata, kerosakan yang disenaraikan oleh pihaknya termasuk bangunan, jalan raya, infrastruktur serta bekalan air dan rangkaian sanitasi.

Katanya, proses pembinaan semula termasuk pemindahan empat bangunan menelan kos sebanyak AS$1.5 juta (RM6.9), manakala kerosakan sebahagian 25 bangunan pula bernilai AS$2 juta (RM9.3 juta), kerosakan sebahagian lagi 250 unit rumah dengan kos AS$2.5 juta (RM11.6 juta) selain kerosakan kepada 150 bangunan-bangunan komersial di bandar berkenaan

Malah, kerosakan teruk pada masjid memerlukan kos baik pulih sebanyak AS$1 juta (RM4.6 juta) dan menjadikan jumlah keseluruhan diperlukan untuk pembinaan semula sebanyak AS$12 juta.

Mohamed Ziara menambah, pihak kementerian telah memulakan pelan menyelamat bagi menangani kesan pencerobohan dengan membuka jalan-jalan raya dan membersih bangunan yang runtuh supaya tidak membahayakan rakyat. – Agensi

tun m

PRN: Tun M gesa tidak pilih pihak yang tidak boleh mentadbir negara

scammer online resize

Diperdaya ‘phone scam’ wanita kerugian RM217,000