in

Undi Melayu penentu PRK Kuala Kubu Bharu

Gambar hiasan

KUANTAN, 23 April – Undi kaum Melayu menjadi kayu pengukur bagi menentukan kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu tidak lama lagi.

Ketua BERSATU Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Md Ali berkata, perkara itu antara yang perlu diberi penekanan oleh jentera parti sepanjang tempoh berkempen.

“Kalau ikutkan peratusan, di Kuala Kubu Bharu terdapat 49.3 peratus pengundi adalah orang Melayu.

“Selebihnya 30.6 peratus pengundi Cina dan 17.9 peratus pengundi India.

“Maknanya, kalau PN boleh kuasai undi Melayu di situ, peluang untuk menang sangat cerah,” jelasnya.

Dia turut memberi contoh hasil kajian Merdeka Centre sebelum ini yang jelas menunjukkan rakyat semakin muak dengan permainan politik kerajaan Madani.

Katanya, penolakan rakyat ketikaa ini perlu diambil kesempatan oleh PN untuk merampas kerusi DUN Kuala Kubu Baharu daripada Pakatan Harapan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei dan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.– nasionalkini.my

Tahap jagaan pesakit mental di Sang Riang sangat memuaskan

Peluang ahli UMNO akar umbi tunjuk kuasa