in

Janji pilihan raya yang dikhianati

Gambar hiasan

LIPIS, 18 Jun – Kerajaan Madani dilihat semakin ‘tidak berminat’ untuk menunaikan janji ketika kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan berterusan menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat.

Bukan saja gagal menurunkan harga minyak, bahkan tindakan memperkenalkan subsidi diesel bersasar juga tidak membantu rakyat yang sudah sedia terbeban ketika ini.

Dr Abdul Rasid Md Ali

Pengerusi Perikatan Nasional Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Md Ali berkata, pelbagai janji manis pilihan raya yang dibuat Pakatan Harapan (PH) sudah boleh dilupakan rakyat.

“Dulu mereka janjj nak bagi pendidikan percuma, tol percuma dan bermacam lagi benda percuma.

“Tapi yang ada kita hanya subsidi diesel ditarik balik, harga barangan keperluan asas tidak dapat dikawal dengan baik dan kos sara hidup makin meningkat,” katanya.

Dia juga mempersoalkan mengenai ‘kehilangan’ kebijaksanaan PH ketika menjadi pembangkang dan apabila diberi amanah sebagai kerajaan, mereka terus ‘hilang arah tuju’.

“Dulu mereka ada ‘pakar formula’ yang dasyat… bila rakyat dengar formula dikemukakan, semua terpesona.

” Tapi sekarang ‘pakar formula’ itu sudah ghaib… yang tinggal cuma ‘pakar alasan’ dengan menampilkan pelbagai alasan untuk mengelirukan rakyat, ” jelasnya.

Dr Abdul Rasid berharap rakyat dan pengundi mengambil iktibar daripada keputusan mereka buat ketika PRU15.

Katanya, bukan semua benda ‘indah’ diumumkan ketika kempen pilihan raya boleh dilaksanakan.

“Sebaliknya kita pilih berdasarkan realiti semasa, bukan terpikat dengan cerita dongeng dibawa mereka,” katanya. – nasionalkini.my

Abidin calon PN di Sungai Bakap

PKR Indera Mahkota laksana ibadah korban