in

Pemimpin kanan Hamas gesa negara Arab ambil tindakan terhadap rejim zionis

khalil

GAZA, 12 Mei – Pemimpin kanan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Khalil Al-Hayya, menulis surat kepada menteri luar negara-negara Arab menggesa tindakan segera berikutan  pengeboman dan serangan ganas Israel di Gaza.

Beliau berkata, siri serangan tanpa henti sejak beberapa hari kebelakangan ini telah mengorbankan ratusan penduduk Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah.

“Jenayah ini menjadikan jumlah mangsa rakyat Palestin yang terbunuh sejak awal 2023 meningkat kepada 134 orang,” katanya.

lebih teruk, Khalil menjelaskan, rejim tentera pengganas itu langsung  tidak menghormati perjanjian gencatan senjata yang dicapai melalui pengantara Mesir. 

Justeru, beliau menggesa negara-negara Arab untuk mengambil tanggungjawab menghentikan  jenayah dan pencabulan Israel yang berterusan  terhadap rakyat Palestin.

“Kami menunggu tindakan bagi mencapai keamanan dan kestabilan di wilayah ini selain kesungguhan  bagi menamatkan pertempuran yang berpanjangan,” kata Khalil.

Terang beliau, jumlah k korban terbaharu akibat serangan  tentera pengganas haram ke atas penduduk Palestin di Gaza kini berjumlah 30 orang dengan  90 yang cedera.

Terbaharu, empat lagi rakyat Palestin terkorban  dan tujuh lagi cedera ketika serangan udara Israel terhadap Semenanjung Gaza yang  berterusan sejak tiga malam berturut-turut, 

Serangan terbaru  berlaku ke atas bangunan kediaman enam tingkat di bandar Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza.

.

khairul

Muhammad Haiqal, Khairul Hafiz berkongsi pingat gangsa di Sukan SEA 2023

SalahuddinAyub

PH di negeri pantai timur guna simbol dacing?