in

Tindakan MUDA, PSM tak tanding PRK Kuala Kubu Bharu wajar

Gambar hiasan

PETALING JAYA, 26 April – Keputusan MUDA dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu adalah sangat tepat.

Ketua BERSATU Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Md Ali berkata, tindakan kedua parti itu juga akan memberi peluang kepada Perikatan Nasional (PN) dan calon Kerajaan Perpaduan ‘bertembung’ dengan lebih ‘sihat’.

“Baguslah kalau MUDA dan PSM tak letak calon, jadi pengundi di sana boleh membuat keputusan dengan lebih mudah.

“Lagipun kita percaya secara jelas bahawa pertandingan sebenar hanya antara PN dan PH-Barisan Nasional (PH-BN).

“Kalau ada calon lain, itu hanya memberi bonus kepada penduduk di situ,” katanya.

Gambar hiasan

Dia yang juga ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PN Pahang mengingatkan semua pihak supaya mengamalkan politik matang sepanjang tempoh kempen.

Katanya, penyalahgunaan aset dan jentera kerajaan juga patut dielakkan agar semua calon dapat bersaing secara adil.

“Walaupun sebelum ini ada pihak umum peruntukan… ada pihak buat majlis rumah terbuka Aidilfitri menggunakan dana kerajaan, PN harap amalan politik lapuk itu tidak diteruskan ketika kempen berlangsung.

“Kita berlawan secara sihat dan menggunakan fakta.. dan faktanya ialah kerajaan Madani gagal memenuhi janji mereka ketika berkempen pada pilihan raya umum ke-15,” jelasnya.

Hari ini, Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz dilaporkan berkata, MUDA dan PSM mengambil keputusan untuk tidak terbabit dalam PRK Kuala Kubu Bharu selepas mempertimbangkan ‘pelbagai aspek’.

Katanya, keputusan itu diambil bagi membolehkan pengundi di DUN Kuala Kubu Bharu melaksanakan hak mengundi dan mengemukakan ‘referendum kuat terhadap prestasi Kerajaan Madani’.— nasionalkini.my

Lebih 100 alasan tolak kerajaan Madani

Masa untuk Kuala Kubu Bharu buat perubahan