in

Masa untuk Kuala Kubu Bharu buat perubahan

Dr Abdul Rasid bersama Pengerusi GERAKAN, Dominic Lau

KUANTAN, 29 April – Pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu bukan sekadar untuk memilih ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang baharu.

Tetapi PRK itu akan menjadi referendum terhadap prestasi sebenar Kerajaan Madani.

Ketua BERSATU Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Md Ali berharap pengundi di Kuala Kubu Bharu tampil berani membuat pilihan yang tepat.

“Saya percaya jika calon Perikatan Nasional (PN) menerima sokongan padu daripada pengundi Melayu, sudah cukup untuk kita menang.

“Persoalannya adakah orang Melayu sudah bersedia untuk menunjukkan ‘jalan keluar’ kepada calon Pakatan Harapan (PH) daripada DAP?

“Peratusan pengundi di Kuala Kubu Bharu juga jelas, pengundi Melayu lebih ramai dan kita kena cari titik persamaan untuk memperoleh semua undi berkenaan,” jelasnya.

Berdasarkan rekod, terdapat 48 peratus pengundi Melayu di Kuala Kubu Bharu.

bhspr03 1688356558
Gambar hiasan

Pengundi Cina pula kira-kira 30 peratus manakala India sebanyak 10 peratus.

Abdul Rasid berkata, secara umumnya peluang untuk calon PN dan PH masih seimbang.

“Dua lagi calon – termasuk Bebas – hanya bertindak sebagai pengacau undi.

“Jadi jentera kempen perlu memberi tumpuan kepada pengundi tradisi dan mencari pengundi baru.

“Sudah tentu PN masih mempunyai keyakinan untuk menang, ini berdasarkan situasi semasa, penolakan terhadap Kerajaan Madani,” jelasnya.

Dia juga berharap undi Orang Asli dan India diperoleh calon PN dalam PRK kali ini.

Katanya, undi daripada masyarakat India dan Orang Asli tersangat penting dalam memastikan kemenangan calon PN di Kuala Kubu Bharu.— nasionalkini.my

Tindakan MUDA, PSM tak tanding PRK Kuala Kubu Bharu wajar

Mangsa kemalangan patah kaki terima kerusi roda