in

Lebih 100 alasan tolak kerajaan Madani

Dr Abdul Rasid Md Ali

CAMERON HIGHLANDS, 26 April – Pengundi di Kuala Kubu Bharu mempunyai lebih 100 alasan untuk menolak calon daripada Kerajaan Perpaduan.

Antaranya adalah faktor calon anak tempatan ditampilkan Perikatan Nasional (PN) selain isu kos sara hidup yang masih gagal ditangani Kerajaan Madani.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PN Pahang, Dr Abdul Rasid Md Ali berkata, pemilihan Khairul Azhari Saut, 54, adalah menepati ‘selera’ pengundi di situ.

“Saudara Khairul mempunyai kualiti bukan sahaja dari segi pendidikan, tetapi memiliki pengalaman luas dalam bidang profesional.

“Sudah pasti ia memberi nilai tambah kepada PN dalam pilihan raya kecil (PRK) kali ini,” katanya.

Mengulas mengenai persediaan PN menjelang hari penamaan calon esok, Abdul Rasid yang juga Ketua BERSATU Cameron Highlands menjelaskan, semua jentera daripada gabungan parti dalam PN sudah berada di lapangan sejak awal lagi.

“Jentera kita sudah siap siaga untuk berdepan tempoh kempen yang paling ‘mencabar’ kerana kita berdepan calon daripada kerajaan memerintah.

“Namun, kita percaya pengundi di sana sudah jelas dengan keperluan untuk membuat pilihan terbaik pada hari pengundian kelak,” katanya.

Ditanya mengenai faktor yang boleh mempengaruhi keputusan PRK itu, Abdul Rasid memaklumkan terlalu banyak janji kosong dibuat Kerajaan Madani sejak memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) hingga mengecewakan rakyat.

“Kita tengok kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat DNAA (dilepaskan tanpa dibebaskan), isu harga barangan keperluan asas dan misteri ‘kehilangan’ beras putih tempatan.

“Semua ini bakal mencetuskan gelombang tersendiri dalam PRK Kuala Kubu Bharu.

“Jadi kita tunggulah keputusan yang akan diumumkan pada 11 Mei,” jelasnya.— nasionalkini.my

Khairul Azhari calon PN untuk PRK Kuala Kubu Bharu

Tindakan MUDA, PSM tak tanding PRK Kuala Kubu Bharu wajar