in ,

2,284 kes demam denggi, dua kematian

379053440 703583121803694 4838694249431851457 n

KUALA LUMPUR, 15 Sept. – Jumlah kes demam denggi meningkat sebanyak 360 kes atau 18.7 peratus kepada 2,284 kes pada Minggu Epidemiologi ke-36 (ME36), iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 Sept berbanding 1,924 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata dua kematian akibat komplikasi demam denggi turut direkodkan pada ME36.

“Kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini ialah 82,485 kes berbanding 39,188 kes bagi tempoh sama pada 2022, iaitu peningkatan sebanyak 43,297 kes atau 110.5 peratus.

“Sejumlah 59 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 24 kematian bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 66 lokaliti ‘hotspot’ dilaporkan pada ME36 berbanding 83 pada minggu sebelumnya, dengan 47 lokaliti berada di Selangor, 13 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga di Kelantan serta masing-masing satu di Sabah, Pulau Pinang dan Perak. – nasionalkini.my

19nt03jorun 1694764946

Tiada objek asing ditemui pada enjin pesawat nahas Elmina

Pemuda PN ada hak berhimpun