in ,

Kempen di masjid: Fahmi beri masa 24 jam untuk mohon maaf

fahmi
Fahmi Fadzil ketika berucap pada Jelajah Perpaduan sempena PRN Selangor di Sungai Kandis, semalam.

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memberi tempoh 24 jam kepada dua individu yang melemparkan fitnah kepadanya supaya memohon maaf secara terbuka.

Malah, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu berkata tidak teragak-agak mengenakan tindakan saman berhubung dakwaan mengenai dirinya menyampaikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, baru-baru ini.

Katanya, notis tuntutan sudah dihantar oleh peguamnya kepada penceramah bebas Ahmad Dusuki Abdul Rani dan pentadbir Laman Facebook ‘N13 Kuang’.

masjid
GAMBAR Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, semalam yang tular di media sosial, baru-baru ini. 

“Notis itu bagi membersihkan namanya daripada tuduhan mengadakan ceramah di masjid sedangkan saya hanya menjelaskan tindakan mengharamkan kumpulan muzik The 1975 seperti diminta oleh ahli jawatankuasa masjid ketika singgah solat di situ.

“Masa itu ada orang tangkap gambar dan tulis saya ceramah tanpa tauliah, berpolitik dan kempen di dalam masjid sedangkan ia bukan begitu,” katanya .

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, notis itu, antara lain, adalah bagi menunjukkan bahawa perbuatan memfitnah tidak boleh sama sekali dikompromi terutama dalam kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri yang sedang berlangsung.

Terdahulu, tular gambar Fahmi sedang berucap di sebuah masjid di Rawang, beberapa hari lalu.

Sementara itu, Fahmi menafikan beliau menggunakan masjid untuk berkempen sebaliknya singgah untuk solat Zohor sahaja di masjid itu kerana berdekatan dengan lokasi program seterusnya. – nasionalkini.my

PM kalimah

Anwar gesa tidak politikkan isu kalimah Allah dalam kempen PRN

RAFIZI RAMLI new 1

Kerjasama PAS – Bersatu tidak bertahan lama: Rafizi