SINTOK, 3 Ogos – Kira-kira 388 pelajar terdiri daripada golongan keluarga B40 dikecualikan membayar yuran pengajian sepanjang tempoh pengajian di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, melalui pelaksanaan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG), yang diperkenalkan Kementerian Pendididkan Tinggi (KPT) untuk generasi pertama yang cemerlang dalam kalangan keluarga B40 yang kurang berkemampuan.
“Melalui program ini setiap siswa terpilih akan dibiayai sepenuh sepanjang enam semester di kampusdan akan menerima sebanyak RM833 untuk setiap semester dan RM4,998 sepanjang enam semester pengajian mereka.
“Di Kampus UUM, mereka yang terpilih terdiridaripada 188 siswa baharu dalam bidang pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan 200 siswa lagi merupakan menerima bantuan pinjaman PTPTN serta lain-lain bantuan pinjaman,”katanya selepas menyampaikan ‘mock card’ kepada 10 siswa terpilih di kampus UUM, Sintok, kelmarin.
Menerusi Inisiatif SULUNG, Kementerian pengajian Tinggi (KPT) memperuntukkan kira-kira sebanyak RM30 juta kepada semua universiti awam
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, kesemua siswa terpilih perlu melalui beberapa penilaian dan pengesahan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP).
Pada majlis berkenaaan, anak syarikat UUM iaitu Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB) turut menyerahkan ‘mock cheque’ hasil royalti RM1.5 juta kepada Naib Canselor, Prof Dr Mohd Foad Sakdan bagi tujuan membiayai program SULUNG.
Selain itu, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) melalui Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Nasrudin Mohammed menyerahkan ‘mock cheque’ berjumlah RM109,000 kepada Naib Canselor sebagai sumbangan kepada Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) UUM.
Sumbangan berkenaan dilakukan bagi menganjurkan Program Kepimpinan Inovasi dan Pengkomersialan Harta Intelek (InnoCoL) yang akan memberi pemahaman dalam aspek strategik dan pengoperasian aktiviti inovasi dan pengkomersialan harta intelek universiti. – nasionalkini.my