in

Johor larang aktiviti kempen politik di masjid

johor transformed

JOHOR BAHRU, 27 Ogos – Kerajaan Johor hari mengulangi peringatan mengenai larangan berkempen di dalam masjid dan surau sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, syarat itu termasuk tidak dibenarkan sama sekali menyampaikan ucapan, menyempurnakan acara perasmian atau pelancaran, berceramah, memberi tazkirah, menjadi imam serta memakai pakaian berlogo politik.

“Apa-apa acara melibatkan agihan bantuan atau sumbangan boleh dilaksanakan di luar kawasan masjid dan surau atau di tempat perhimpunan awam seperti dewan serbaguna, dataran, padang dan sebagainya.

“Sekiranya acara tersebut perlu dilaksanakan di kawasan masjid dan surau,penglibatan adalah terhad kepada individu beragama islam dan mematuhi garis panduan ditetapkan,” katanya seperti dipetik Utusan Online, hari ini.

Individua tau mana-mana pihak termasuk ahli politik yang melanggar larangan berkenaan bakal berdepan dengan tindakan tegas.

Tindakan tersebut ditetapkan di bawah Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada masa sama,Mohd fared menjelaskan  garis panduan tersebut dikeluarkan sempena PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang sedang berlangsung di negeri tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Ogos lalu sebagai hari penamaan calon, 5 September sebagai pengundian awal dan hari pengundian pula pada 9 September. – nasionalkini.my

400 peserta ambil bahagian dalam RCC Merdeka Fun Run 2023

Ahli BN perlu undi PH di Johor