in

Grab Malaysia sedia bantu keluarga Sharipuddin

nahas
Lokasi nahas pesawat di Elmina, petang semalam.

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Grab Malaysia bersedia  membantu keluarga Sharipuddin Shaari yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, untuk memberi sokongan dan bantuan sewajarnya.

Selain faedah perlindungan insurans, Grab Malaysia juga akan memastikan waris mangsa menerima lebih banyak bantuan lain.

Ia termasuk bayaran daripada dana Grab Partner Zakat serta sumbangan Grab Malaysia dan komuniti rakan penghantar, menurut kenyataan itu.

sharipudin
Grab Malaysia sedia bantu keluarga Sharipuddin 3

“Keluarga Grab mengucapkan takziah kepada keluarga, waris dan rakan-rakan Sharipuddin yang merupakan seorang rakan penghantar berdedikasi.

Sharipuddin merupakan individu yang rajin dan kami seluruh komuniti rakan penghantar berduka cita kerana insiden itu berlaku ketika Allahyarham sedang bekerja keras mencari rezeki halal.

“Kami dapat merasakan kesedihan yang dilalui semua ketika ini. Kami memanjatkan doa buat keluarga Allahyarham dan keluarga mangsa lain yang terbabit dalam nahas tragis di Elmina,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Sementara itu, Allahyarham Sharipuddin Shaari, pemandu e-hailing yang maut dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam semalam, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Hishamduddin, Bandar Baru Salak Tinggi.

Perkara itu dimaklumkan anak arwah iaitu Muhammad Sharul Izuan.

Menurut remaja itu, ketika ini, proses pengecaman sedang dilakukan ibunya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Sharipuddin, 53, merupakan seorang daripada 10 terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor petang semalam.

Seramai 10 mangsa maut dalam nahas membabitkan sebuah pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) pada pukul 2.48 petang di Persiaran Elmina, Shah Alam.

Mangsa yang maut ialah juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan pembantu juruterbang, Heikal Aras Abdul Azim.

Enam lagi penumpang yang terkorban ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Seri Johari Harun (53), Kharil Azwan Jamaludin (43), Shaharul Amir Omar (49), Mohamad Naim Mohamed Muaidi (35), Muhammad Taufiq Mohd. Zaki (37) dan Idris Abdol Talib @ Ramali (41). -nasionalkini.my

TFC belasah KL Rovers

Harimau Muda tewaskan Garuda