in

30 peratus penerima kredit e-tunai dijangka sukar dapat bantuan – Ahmad Maslan

WhatsApp Image 2023 07 27 at 7.02.56 PM
mbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan menyaksikan pertukaran perjanjian persefahaman antara Erbe, CTOS dan CelcomDigi di Shah Alam, hari ini.

Oleh Adam Aariz

SHAH ALAM, 27 Julai: Kira-kira 30 peratus daripada 10 juta penerima kredit e-tunai RM100 dijangka berdepan kesukaran menerima bantuan itu berikutan tidak mempunyai pengetahuan atau akses kepada telefon pintar, kata timbalan menteri kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Kita sekarang dalam satu proses (beralih kepada ekonomi tanpa tunai), 70 peratus mungkin tiada masalah tetapi dari 10 juta penerima itu dalam 30 peratus akan ada masalah untuk terima (guna e-dompet), terutama mereka di luar bandar.

“Jadi kita minta supaya para pemimpin setempat berusaha untuk membantu semua golongan mendapatkan e-tunai itu,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Erbe, CTOS dan CelcomDigi.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada majlis “peluncuran ekonomi madani: memperkasa rakyat” mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta orang iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, rakyat diminta tidak hanya memandang kepada jumlah bantuan itu, sebaliknya melihat usaha kerajaan mendidik rakyat mengenai ekonomi masa depan yang mengutamakan transaksi tanpa tunai.

Beliau juga memberi komitmen kementeriannya akan menyalurkan bantuan itu pada kadar segera.

Terdahulu, Erbe, CTOS dan CelcomDigi menandatangani perjanjian kerjasama strategik dalam usaha merevolusikan landskap perkhidmatan kewangan negara melalui aplikasi LULUS yang akan dilancarkan pada November depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Erbe World Holding, Amir Abdullah berkata, aplikasi LULUS menjadi pusat sehenti kepada pemohon pinjaman bank untuk membuat semakan kredit peribadi dengan pantas.

“Dengan LULUS, peminjam boleh menyemak kelayakan dengan tepat, selain mudah diakses oleh pelanggan tanpa perlu ke institusi perbankan.

“Semua permohonan pinjaman sama ada rumah, atau peribadi boleh dibuat terus melalui aplikasi LULUS yang diintegrasikan dengan 21 institusi perbankan,” katanya. – nasionalkini.my

361655139 985999752473261 7854924928533541126 n

Harimau Malaya berdepan Oman, Kyrgzstan

tersepit

Jentera jatuh gaung, pemandu terkorban akibat tersepit