in ,

Tragedi pesawat: Kerajaan Pahang akan biayai semua kos pengebumian mangsa

tragedi nahas
Anggota polis forensik sedang memeriksa lokasi pesawat ringan terhempas dan mengorbankan 10 individu.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Kerajaan Pahang akan membiayai segala kos berkaitan urusan pengebumian a keluarga mangsa nahas pesawat di Lebuh Raya Guthrie dekat Bandar Elmina, Shah Alam.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembiayaan berkenaan termasuk kos untuk pengurusan mayat dan pengebumian jenazah.

wan kos
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman di jabatan forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Foto: MalaysiaGazette

“Semua mangsa nahas penumpang pesawat serta dua orang awam yang meninggal dunia pun kita boleh tanggung,” katanya.

 Wan Rosdy menambah, tragedi itu sesuatu yang sungguh mengejutkan dan sangat menyedihkan  apbila melibatkan salah seorang mangsa adalah Exco Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

“Pemergian ini sungguh mengejutkan, hiba hati saya. Memang tidak sangka.

“Kali terakhir saya bertemu dengannya pagi tadi dalam mesyuarat di Langkawi. Selepas sahaja tamat mesyuarat, dia telah bergegas pulang untuk urusan,” katanya.

Beliau pada masa sama menyifatkan Johari sebagai seorang pemimpin komited selalu melontarkan pelbagai idea dan cadangan dalam memastikan setiap kebajikan rakyat Pahang itu terjaga. – nasionalkini.my

Bayern batal niat beli de Gea

Haram sebar video, gambar mangsa kapal terbang terhempas