in

TFC belasah KL Rovers

Gambar oleh NSTP

KUALA TERENGGANU, 19 Ogos – Seperti dijangka, Terengganu FC (TFC) tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir saingan Piala Malaysia selepas menumpaskan Kuala Lumpur Rovers FC (KL Rovers) 3-0, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner menang dengan agregat 7-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Pada aksi pertama di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, skuad Penyu menang bergaya 4-0 menumpaskan juara Liga M3 musim ini itu yang dibarisi semuanya pemain tempatan.

Terengganu yang sudah sebelah kaki ke suku akhir bagaimanapun terpaksa menanti sehingga minit ke-31 menerusi tolakan mudah Nor Hakim Hassan selepas mendapat hantaran daripada Safwan Mazlan untuk mendahului pelawat 1-0.

Bersambung babak kedua, Steinbruckner memasukkan penjaga gol muda, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin yang juga penampilan pertamanya musim ini bagi menggantikan Suhaimi Husin.

Pada minit ke-71, pemain gantian, Liridon Krasniqi menambah jaringan kedua TFC hasil hantaran Arif Fadzilah Abu Bakar untuk pasukannya mendahului 2-0.

Seminit sebelum memasuki minit ke-90, Nor Hakim menambah derita pelawat apabila mudah merembat masuk gol ketiga pasukannya.- nasionalkini.my

Perak FC mara walau kalah

nahas

Grab Malaysia sedia bantu keluarga Sharipuddin