in

Harimau Muda tewaskan Garuda

Gambar oleh FAM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Malaysia membuka kempen Kejuaraan B-23 AFF 2023 dengan bergaya apabila bangkit menewaskan pemenang pingat emas Sukan SEA, Indonesia 2-1 pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Rayong, malam tadi.

Keputusan itu memberikan skuad bimbingan E Elavarasan kelebihan besar untuk mara ke separuh akhir apabila mendahului Kumpulan B.

Permainan tampak seimbang di mana kedua-dua pasukan mencari rentak di awal permainan dengan peluang pertama menjadi milik Malaysia seawal minit keenam.

Najmudin Akmal Kamal Akmal mengatur gerakan menerusi sayap kanan dan hantarannya menemui Aliff Izwan Yuslan, namun percubaannya dibaca penjaga gol Indonesia, Ernando Ari Sutaryadi.

Penjaga gol negara, Rahadiazli Rahalim menutup percubaan Frenky Deaner Missa pada minit ke-20 sebelum percubaan Muhammad Ramadhan Sananta tersasar tinggi lima minit berselang.

Bagaimanapun, kealpaan benteng pertahanan Malaysia dihukum Ramadhan yang berjaya menewaskan Rahadiazli untuk gol pembukaan Indonesia pada minit ke-28.

Bersambung babak kedua, Malaysia mendapat sepakan penalti apabila Kadek Arel Priyatna mengasari Fergus Tierney pada minit ke-52 dan pemain itu menyempurnakannya untuk gol penyamaan.

Malaysia membuatkan Indonesia tergamam apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-61, sekali lagi menerusi penyudah Tierney untuk menewaskan Ernando.- nasionalkini.my

nahas

Grab Malaysia sedia bantu keluarga Sharipuddin

Perkenal sistem saraan baharu