in ,

PN Pahang sedia bantu 3 negeri hadapi PRN

Untitled design
Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bersedia hantar jenteranya berdasasarkan keperluan diperlukan bagi negeri yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

OLEH: AD Zafir

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang bersedia menghantar pasukannya berdasarkan keperluan diperlukan bagi negeri yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu telah diputuskan sendiri oleh Ahli Majlis Tertinggi PN di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Selangor.

“Jentera kita sudah bersedia untuk keluar membantu dan akan dihantar hanya bergantung kepada keperluan yang ditetapkan negeri tersebut.

“Kelantan dan Terengganu kita lihat hampir sama keperluannya namun Selangor mungkin sedikit berbeza kerana komposisi dan profil pengundi mereka. Jadi ada kaedah tertentu untuk kami hantar jentera.

“Kita akan membahagikan pasukan selepas mesyuarat bersama Badan Perhubungan PN negeri untuk melihat keperluan bagi tiga buah negeri tersebut,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita dalam satu sidang media selepas membentangkan laporan enam bulan pertama Parlimen Indera Mahkota selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pihaknya menjangkakan PRN ini berkemungkinan akan diadakan sekitar Ogos depan.

Jelasnya, berdasarkan perkiraan, ia mengambil kira faktor kepulangan jemaah haji pada bulan tersebut. – nasionalkini.my

gari tangan

Pelancong asing rogol pekerja Genting diberkas

doa selamat

Sultan Selangor, Raja Permaisuri Norashikin berangkat menunaikan ibadat haji minggu depan