in

Bantuan dihulur kepada mangsa kebakaran

IMG 20240608 200940 800 x 500 pixel
Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

KUANTAN, 8 Jun – Kemalangan memang tidak boleh diduga dan berlaku tanpa kita minta.

Itulah insiden menimpa keluarga Puan Zainab yang menetap di Taman Seri Mahkota Aman, dekat sini, baru-baru ini.

Rumah didiaminya bersama keluarga terbabit dalam kebakaran kecil dan mujur tiada kecederaan berlaku.

Sebaik menerima berita mengenai insiden berkenaan, ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus meluangkan masa mengunjungi kediaman Puan Zainab.

Dalam kunjungan itu, Mohd Yazid yang juga Ketua BERSATU Paya Besar meninjau kesan kebakaran dan menghulurkan sedikit bantuan.

Dia juga berharap keluarga Puan Zainab terus dilindungi Allah dan terhindar daripada sebarang kejadian tidak diingini pada masa akan datang. – nasionalkini.my

IMG 20240608 112606 800 x 500 pixel

Jojo tewas bermaruah

IMG 20230902 005439 800 x 500 pixel

DAP perlu lebih cermat dalam hal kewarganegaraan