in

Warga emas OKU rentung kebakaran

Gambar hiasan

GEORGETOWN, 18 September – SEORANG lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah di Jalan Kampung Pisang, Kampung Pisang, Air Itam dekat Georgetown, Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Pegawai Bomba (PB) Mohd Shahrul Fitri Mokhtar berkata, mangsa berusia lingkungan 60-an ditemui rentung dalam kejadian pada jam kira-kira 3.30 pagi itu.

Menurutnya, difahamkan, mangsa berseorangan ketika kejadian tersebut.

“Kita menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 3.44 pagi yang memaklumkan berlaku kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Pisang.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, didapati dua buah rumah kampung kelas C berkeluasan 25X50 kaki persegi setiap unit telah hangus terbakar.

“Seorang mangsa ditemui rentung di dalam salah sebuah bilik di rumah berkenaan selepas terperangkap akibat api marak.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, anggaran kemusnahan kebakaran adalah 90 peratus dan kebakaran dapat dikawal pada jam 4.28 pagi.

“Kita turut mendapat bantuan daripada BBP Jalan Perak dan pasukan bomba sukerela terdekat.

“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.- nasionalkini.my

China patut bantu WHO kesan asal usul COVID-19

380139438 850394696452413 5519530147569629082 n

Pembelian panik punca bekalan beras putih tempatan kurang